Orang yang paling bijak ialah mereka yang mampu mengendalikan emosinya.
Apabila kamu jatuh miskin, berdaganglah dengan Allah, iaitu dengan memperbanyakkan sedekah.
Jangan pernah meremehkan seseorang kerana setiap individu memiliki kelebihan yang mungkin kamu tidak miliki.
Berikan ribuan peluang kepada lawan untuk menjadi kawan, tetapi jangan berikan satu pun kesempatan kepada kawan untuk menjadi lawan.
Jangan gunakan ketajaman kata-katamu terhadap ibumu yang telah mengajarkanmu cara berbicara.
Dosa yang paling berbahaya ialah dosa yang diremehkan oleh pelakunya.